Bab 5: Tempat Bersandar
Pagi itu sunyi. Tiada suara keluarga, tiada pelukan ibu atau bapa. Hanya satu beg besar dan degup jantung yang menahan gugup. Saya berdiri di tepi jalan, mata memandang ke arah bangunan universiti yang bakal jadi rumah baharu. BFF saya sempat menemani malam sebelumnya, menumpang di rumah abangnya. Esoknya, saya ke universiti sendiri. Tiada siapa yang hantar. Tiada sesi tangisan keluarga di depan pintu asrama. Hanya saya — dan beg besar itu. Saya tarik nafas dalam-dalam. Saya di sini. Untuk diri saya sendiri. Saya introvert. Dunia baru ini buat saya kaku. Tapi saya bertemu seorang gadis Sabah — periang, ceria, menyambut saya seperti kenalan lama. Tapi dia punya ‘keluarga’ sendiri, gengnya ramai dan kuat. Saya cuba masuk, cuba menyelami dunia mereka, tapi kadangkala perbezaan itu terlalu nyata. Jadi saya bersendiri lagi. Namun tak lama. Saya bertemu seseorang — seorang pelajar lelaki dari bandar yang sama. Suka mengusik, suka buat saya malu depan orang, dan saya... entah kenapa, mu...