Bab 2 – Riang Yang Aku Rindui

Zaman sekolah menengah...

Itu antara fasa hidup paling ringan dan paling indah yang pernah aku miliki.

Nama yang Menyatu

Kadang-kadang, satu nama sahaja cukup untuk mengubah takdir seseorang.

Tingkatan Dua — tahun di mana semuanya bermula. Aku masih ingat lagi, kami dalam perjalanan menaiki bas sekolah menuju ke Kelantan. Rombongan pelajar sekolah kami yang semuanya perempuan. Aku sedang membaca senarai nama pelajar yang akan ikut serta. Dan tiba-tiba, satu nama itu buat aku tersenyum — nama yang unik tapi manis. Tanpa sedar, aku jerit kuat-kuat dalam bas,

"Siapa nama ni?! Siapa?!"

Jeritan yang kedengaran macam orang nak cari gaduh, padahal aku cuma teruja.

Dan dari hujung bas, dia menyahut Kuat macam nak gaduh juga, seolah-olah menyambut jeritanku — dan dari saat itu, kami jadi kawan. Malah kami bukan sekadar berkawan, tapi saling membungkus luka masing-masing dengan tawa, cerita, dan kenangan yang kami cipta bersama.

Dia — si peramah yang pandai bercinta, manis wajahnya, ramai peminat dari seberang sekolah lelaki. Aku pula? Introvert sikit. Sombong sikit. Tapi dia tak pernah peduli. Dia sentiasa tarik aku masuk dalam dunianya yang ceria, dan dalam senyap, aku mula selesa dan bahagia.

Tingkatan 4, aku kenal seorang lagi bff, dia juga agak pendiam dan agak sombong seperti aku. Tapi syukur kerana kami bertiga masih boleh sama2 berkawan baik. Sikit2 tu biasalah salah faham dan gurau senda. 

Kami buat macam-macam bersama. Pulang ke rumah masing-masing, keluar sama, jadi ‘pengapit’ masa bff dating, pergi perpustakaan, ikut family mereka balik kampung. Dan ya — kami juga pernah buat benda-benda gila.

Panjat pagar belakang sekolah sebab nak balik rumah cepat, sebab cikgu meeting, Masuk banglo kosong konon nak buat aktiviti paranormal. Tak sampai separuh jalan, pintu berdentum kuat — dan kami lari lintang-pukang macam cerita hantu. Siap kena kejar anjing pulak tu. Tapi ketakutan itu, kami cari sendiri. Entah kenapa, memori tu jadi antara yang paling manis dalam hidup aku.

Hari cuti kami selalu jogging di taman rekreasi yang berhampiran rumah. Kadang cuci mata tengok orang ramai yang berkunjung atas pelbagai sebab, kami bahagia cara kami, stress cara kami, nakal juga cara kami.

Sekolah kami semuanya pelajar perempuan. Tapi hanya bersebelahan, sekolah vokasional yang kebanyakkannya lelaki, menjadi 'cerita lain' dalam hidup kami. Kawan baikku ramai crush dan selalulah kami ‘tersangkut’ dengan pelajar lelaki bila naik bas balik rumah.

Tapi takdir suka bergurau.

Suatu hari, ketika menaiki bas seperti biasa, sekumpulan pelajar lelaki menyakat kami dan aku menjeling mereka dengan rasa meluat seperti selalu. Entah bagaimana, salah seorang daripada mereka terlanggar aku — kuat. Aku terjatuh di tangga bas. Buku-buku tercampak, lutut sakit, muka tebal semeter.

Tapi aku masih ingat… wajahnya panik. Dia angkat aku perlahan, tergagap minta maaf. Hari itu dan beberapa hari berlalu… semua pelajar lelaki dalam bas senyap macam tengah puasa sunat.

Namun 5 hari kemudian, mereka mula menyakat balik — tapi dengan lebih hormat. Dan menghulur salam persahabatan.

Lama-lama, kami jadi kawan, kawan naik bas sama2 masa balik sekolah. Kadang jumpa kat Library, bertegur sapa sambil borak2 santai. Berbeza ideology antara lelaki dan perempuan itu jelas, hingga aku kadang belajar sesuatu dari mereka.

Zaman sekolah…

Itu dunia di mana aku rasa dihargai, dilihat, dan hidup dengan cara aku sendiri.

Ulasan

Catatan Popular